Baru-baru ini abang saya ada mengeluh mengenai pelan telco yang sedang dilanggan sekarang yang katanya agak membebankan dan talian pun tak berapa bagus di kawasan yang beliau selalu buat kerja. Sambil kami dok bersembang-sembang tu, salah satu pelan telco yang sedang dalam pertimbangan untuk beliau langgan adalah Webe, sebuah anak syarikat Telekom.

Saya sudah tahu tentang Webe ini sejak dari November tahun lepas lagi apabila melihat iklan mengenai Webe ini berlegar-legar di Facebook dan masa tu saya ada sign up newsletter dari Webe terutamanya tentang tarikh pelan ini akan dilancarkan. Memang agak teruja mengenai unlimited data yang bakal ditawarkan oleh Webe ini.

Dengan tagline panggilan dan data internet tanpa had yang ditawarkan, ianya pasti akan mengujakan sesiapa sahaja terutama sekali para pengguna internet di Malaysia. Saya sendiri pun hampir terus melanggan pelan ini, tetapi sempat undur dulu keputusan dengan alasan untuk melihat dulu apa feedback yang akan diberikan oleh pengguna Webe nanti.

Berbalik kepada cerita saya dan abang saya tadi. Katanya beliau berminat dengan pelan unlimited data yang ditawarkan oleh Webe kerana katanya boleh tethering dengan peranti lain. Saya juga yakin, kebanyakan pengguna yang ingin melanggan Webe tentunya mahu tether peranti utama dengan peranti-peranti yang lain – tanpa mereka mengetahui sebenarnya ada sesuatu yang tersembunyi di dalam pelan kuota tanpa had oleh Webe itu.

Saya tak akan ulas mengenai fungsi tethering Webe itu di sini. Anda boleh baca 10 Fakta Mengenai Webe yang saya kongsikan di bawah.

 

 

Anda Perlu Tahu 10 Fakta Ini Dahulu Sebelum Melanggan Webe

 

  • Webe merupakan sebuah syarikat telekomunikasi baru setelah melalui pengambilalihan syarikat telekomunikasi P1 oleh Telekom. Webe menawarkan pakej pasca bayar tanpa had bagi akses internet, telefon dan SMS bermula serendah RM79 (RM83.74 selepas GST)
  • Tiada kontrak yang akan dikenakan. Jika anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Webe, anda boleh keluar dari Webe dan beralih pada servis Telco yang lain tanpa apa-apa syarat.
  • Hanya telefon tertentu sahaja daripada Apple, Samsung, Huawei, ZTE, One Plus dan Sony yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan servis Webe secara optimum. Mana-mana telefon yang tidak memenuhi syarat, mungkin akan menghadapi sedikit masalah dari segi kelajuan. (Menurut sumber, anda juga akan dicaj lebih mahal)
  • Jika anda menggunakan model smartphone yang tidak disokong oleh Webe, Webe akan menghantar SMS amaran kepada anda dan anda diberi tempoh “grace period” selama 7 hari penggunaan untuk menukar kepada model telefon yang ditetapkan. (Agak menakutkan!)
  • Seperti yang saya tekankan di awal artikel ini tadi, Webe tidak membenarkan anda menggunakan fasiliti “mobile hotspot” dan “tethering” dengan sesuka hati. Anda perlu membeli “wi-fi pass” yang bernilai RM 6.29 bagi setiap 2 jam penggunaan.(Hhmmmm…)

10 Perkara Yang Dinyatakan Oleh Webe

 

  • Wifi pass hanya dikhaskan untuk lima peranti sahaja.
  • Anda akan dicaj sebanyak RM0.15/min apabila menelefon nombor-nombor premium seperti 1-300 atau 1-700. Ianya juga termasuk untuk nombor TNB 1545 dan juga TM Directory 103.
  • Webe tidak support MMS.
  • Walaupun Webe menawarkan penggunaan data secara tidak terhad, namun bagi aplikasi “video streaming” seperti YouTube, pengguna hanya dihadkan setakat resolusi maksimum 480p sahaja. Anda tidak dapat menikmati kualiti video lebih tinggi seperti 720p, apatah lagi 1080p dan 1440p yang menjadi standard resolusi terkini kebanyakan telefon pintar.
  • Anda akan dikenakan deposit sebanyak RM300 untuk international roaming. Deposit ini akan dikembalikan apabila perkhidmatan international roaming ditamatkan.

 

Bagaimana?

Masih berminat untuk melanggan Webe?

Sebenarnya tiada masalah untuk anda teruskan niat anda jika anda memenuhi semua syarat-syarat / point-point yang dinyatakan di atas. Tentunya ia akan menjadi satu pengalaman melayari internet yang menarik bukan?

Baiklah .. sebagai makluman, sebahagian informasi mengenai Webe ini saya ambil dari blog saudara Hasrul Hassan. Untuk lebih informasi mengenai apa yang anda perlu tahu sebelum melanggan Webe, anda boleh terus ke Hasrulhassan.com atau terus ke post beliau ini kerana di sana terdapat 11 lagi fakta tambahan mengenai apa yang anda perlu tahu mengenai Webe.

Sekarang mari kita tonton video review Webe oleh owner The Kampung Nerd ini.

Semoga informasi mengenai Webe ini bermanfaat buat anda.

 

error: Content is protected !!