Cara Nyahaktif Fungsi Pay Wave Pada Kad Debit Maybank

Penghujung tahun 2016 menyaksikan rata-rata pengguna Kad Debit ATM di Malaysia telah membuat penukaran daripada kad debit lama kepada kad debit versi terbaharu, dan seperti yang kita semua tahu, Kad Debit ATM yang baru mempunyai ciri Pay Wave.

Ciri Pay Wave ini membolehkan sesiapa sahaja menggunakan Kad Debit ATM anda untuk membuat pembelian di bawah RM250.00 dengan hanya tap (seperti kad Touch N GO) pada mesin di terminal juruwang dengan tidak perlu memasukkan nombor PIN. Hanya pembelian yang melebihi RM250.00 memerlukan nombor PIN. Untuk makluman, ciri ini juga terdapat pada fungsi Kad Kredit.

Ia kelihatan merbahaya bukan?

Yelah..jika kad anda hilang atau tercicir, sesiapa sahaja boleh melakukan transaksi pembelian di bawah RM250.00 dengan hanya tap pada terminal juruwang dan transaksi tersebut akan diterima.

Namun, fungsi ini boleh anda nyahaktifkan dengan melakukan beberapa langkah yang akan saya ceritakan di bawah.

Sebelum itu, perlu saya nyatakan bahawa cara nyahaktif ciri Pay Wave yang akan saya ceritakan ini adalah untuk Kad Debit Maybank sahaja. Untuk bank lain, anda boleh rujuk bank masing-masing cara untuk nyahaktif fungsi Pay Wave. Mungkin cara atau arahannya hampir sama sahaja.

Cara Nyahaktif Fungsi Pay Wave Pada Kad Debit Maybank

  1. Masukkan Kad Debit ke dalam mesin ATM.
  2. Masukkan nombor PIN anda.
  3. Pilih “Other Transactions”
  4. Pilih pada “Change Limit”
  5. Pilih “Purchase Limit”
  6. Pilih “No Purchase.”
  7. Masukkan nombor kad pengenalan anda.
  8. Anda kemudiannya akan diminta untuk mengesahkan bahawa anda telah memilih “No Purchase”
  9. Sahkan pilihan anda, dan proses selesai.

Dengan demikian, jika kad ATM anda hilang atau tercicir, individu atau pihak lain tidak akan dapat melakukan apa-apa transaksi Pay Wave melalui Kad Debit ATM anda.

Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!