Alhamdulillah.

Hari ni, 19 Januari 2017.

Telah genap setahun, satu daripada dua buah pinggang isteri berada di dalam tubuh saya. 

Syukur.. setahun yang lepas, pada tarikh ini, di waktu ini saya dan isteri sedang berada di bilik OT Urologi Hospital Kuala Lumpur.

Layanan staff di bilik OT Urologi pada waktu itu amat menenangkan hati kami. Tahniah dan terima kasih buat semua staff OT Urologi Hospital Kuala Lumpur.

Saya masih ingat, isteri saya terlebih dahulu ditolak masuk ke bilik OT, kira-kira jam 8 pagi dan sejam kemudian saya pula yang ditolak masuk. Kami dibedah di bilik OT yang berlainan.

Selepas dibius, sedar-sedar saya sudah berada di ICU dan dikelilingi oleh ramai doktor dan jururawat.

…………………………….

Tak dapat nak tulis panjang-panjang kali ni. Ada kekangan dengan tugasan lain. Saya akan sambung di post seterusnya nanti.

error: Content is protected !!