Hari Larian Buah Pinggang Sedunia 2017 atau World Kidney Day Run 2017 peringkat negeri Pahang akan diadakan pada 27 Mac 2017. Jika tahun lepas saya tidak dibenarkan untuk menyertai acara larian ini kerana baru sahaja menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang (kidney transplant) waktu itu, tahun ini juga nampaknya saya perlu menyimpan hasrat untuk menyertai acara larian ini kerana keadaan paras kreatinin yang agak tidak berapa stabil buat masa ini.

Selain daripada paras kreatinin yang tidak berapa stabil, saya juga sedang bimbang dengan hasil keputusan ultrasound yang baru sahaja dibuat minggu lepas. Apa pun, menurut doktor, hasil keputusan ultrasound tersebut masih lagi dalam kawalan dan tidak menjurus ke arah sesuatu yang serius.

Berbalik kepada Hari Larian Buah Pinggang Sedunia 2017 atau World Kidney Day Run 2017 peringkat negeri Pahang akan diadakan pada 27 Mac 2017 ini, anda boleh rujuk perincian mengenai acara tersebut pada banner yang saya lampirkan di dalam post ini atau berdasarkan maklumat di bawah :

World Kidney Day Run 2017 / Hari Larian Buah Pinggang Sedunia 2017

Ahad, 26 Mac, 2017

Kategori Acara :,
Lokasi :Taman Bandar, Kuantan, Pahang
Pendaftaran Atas Talian : Laman Facebook ADHAM BIKE Centre.

Sebarang pertanyaan mengenai acara larian ini boleh disalurkan ke nombor berikut :

  • Puan Suzana : 019 – 9588747
  • Dr Khadijah : 012 – 9893031
  • Dr Nurul Nadiah : 013 – 7365559
  • Dr Chan Chee Eng : 012 – 9592380

World Kidney Day Run 2017 peringkat negeri Pahang ini dianjurkan oleh Jabatan Nefrologi HTAA dan juga Persatuan Dialisis Pahang dengan kerjasama Adham Bike Centre.

error: Content is protected !!