Salah satu platform atau cara mempromosikan perniagaan di internet adalah melalui platform Facebook. Ini kerana, terdapat pelbagai kelebihan yang dapat dioptimumkan melalui aplikasi Facebook dari sudut mempromosikan perniagaan. Selain daripada Facebook, aplikasi Whatsapp juga merupakan salah satu cara yang digunakan oleh peniaga untuk closed deal dengan pelanggan.

Untuk post kali ini, saya hendak kongsikan bagaimana ada segelintir peniaga yang mempromosikan produk mereka dengan cara yang tidak jujur dan menipu pembeli melalui screenshot testimoni Whatsapp yang palsu.

Mungkin ramai yang dah tahu mengenai teknik atau cara ini tetapi saya yakin masih ramai yang belum mengetahuinya dan tentunya mereka yang belum tahu akan terpedaya dan tertipu dengan helah mudah daripada segelintir peniaga yang tidak jujur ini..

Tak perlu untuk saya upload dan tempek screenshot testimoni Whatsapp palsu yang saya maksudkan kerana ia mungkin akan menjejaskan perniagaan si pemilik produk. Biarlah mereka yang melakukannya sedar sendiri dan cepat-cepat perbetulkan kesilapan.

Berbalik kepada helah testimoni palsu Whatsapp ini, untuk menggunakannya, si peniaga hanya perlu memuat turun aplikasi Fake Whatsapp samada melalui platform Play Store atau App Store.

 

Antara Aplikasi Fake Whatsapp Yang Boleh Didapati Di Google Play Store

Antara Aplikasi Fake Whatsapp Yang Boleh Didapati Di Google Play Store

 

Setelah dimuat turun, perbualan yang kononnya antara si penjual dan si pembeli dapat direka. Langkah seterusnya hanya perlu upload screenshot palsu ini di page bisnes si peniaga dan sebarkannya di Facebook.

Sungguh mudah untuk memperdayakan pembeli bukan melalui testimoni palsu bukan? Kerja yang amat mudah dan yang penting ianya percuma!

Namun, apa yang saya nampak, isu ini kelihatan semakin membimbangkan jika ia digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang berniat jahat untuk melaga-lagakan antara pihak tertentu. Ia tentunya akan menimbulkan fitnah dan dibimbangi kesan yang lebih dahsyat yang mungkin akan berlaku.

Bermula dari saat ini, anda berhati-hatilah dengan testimoni-testimoni Whatsapp yang anda lihat di Facebook atau di mana-mana platform kerana dibimbangi ia hanya screenshot testimoni palsu. Siasatlah terlebih dahulu mengenai perniagaan atau sesuatu produk tersebut sebelum mempercayai testimoni yang dipaparkan.

Bagi pengguna-pengguna yang gemar berwhatsapp pula, mohon jangan mudah terpedaya dengan screenshot perbualan Whatsapp yang anda perolehi. Bimbang jika ia cuma perbualan yang direka oleh mereka yang berniat jahat dan ingin melaga-lagakan anda dengan sesetengah pihak.

Selain daripada perbualan Whatsapp palsu, perbualan palsu bagi aplikasi Messenger juga boleh direka. Jika ingin tahu, anda boleh cuba cari di Play Store atau di App Store dengan keyword Fake Messenger Conversation.

Share jika anda rasa ia bermanfaat dan perlu disebarkan.

error: Content is protected !!