Hujan turun sejak dari malam tadi dan semasa saya menulis post ini, hujan masih lagi turun – tanpa henti.

Berdasarkan info yang diperolehi dari beberapa page Kuantan yang saya follow dan juga melalui maklumat yang disampaikan oleh rakan-rakan di aplikasi group Whatsapp, banyak tempat di Kuantan telah dinaiki air. Ada juga beberapa kawasan yang mengalami kejadian tanah runtuh dan juga pokok tumbang.

Berikut beberapa gambar terkini situasi terkini keadaan hujan di Kuantan sekarang.

 

Jalan Di Hadapan Bomba Indera Mahkota

Pokok Tumbang Dan Tanah Runtuh Di Bukit Bay Route

Taman Bandar

Semoga situasi di Kuantan akan bertambah baik dan dilindungi.. Aminn..

error: Content is protected !!