Hanya kerana terlanggar bahagian hadapan kereta lelaki yang dipercayai seorang yang bergelar Dato’, seorang pemandu lori telah dibelasah teruk oleh beberapa orang lelaki. Kejadian pada 14 Januari itu telah berlaku di Atheneum Peak Bukit Antarabangsa.

Semasa kejadian, mangsa, Nasrul Faiz Zulfahmi yang baru sahaja selesai menghantar barang di kondominium tersebut ingin beredar dan secara tiba-tiba telah terlanggar bahagian hadapan sebuah kereta Mercedez semasa mengundur sehingga mencetuskan pertengkaran dan pergelutan di antara kedua-dua pihak.

 

Kes pemandu lori dibelasah teruk di Atheneum Peak Bukit Antarabangsa

Tidak cukup dengan itu, 4 lagi lekaki yang tidak dikenali telah masuk campur dan membelasah Nasrul Faiz.

Berikut adalah video yang dirakam oleh salah seorang penghuni sebuah kondominium tersebut :

 

 

Akibat dari serangan yang tidak berperikemanusiaan itu, Nasrul Faiz telah menerima 13 jahitan bermula dari bawah telinga hingga ke leher. Walaubagaimanapun, menurut Nasrul, beliau tidak menyimpan apa-apa dendam terhadap mereka yang telah memukul beliau.

“Biarlah polis melakukan kerja mereka. Saya pun bukan siapa-siapa, hanya pemuda yang mencari rezeki dengan memandu lori,”

~ Nasrul Faiz Zulfahmi

 

error: Content is protected !!