Baru-baru ni saya ada post satu artikel berkenaan 10 Fakta Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Melanggan Webe.

Alhamdulillah..post tersebut telah menjadi antara salah satu penyumbang paling penting trafik ke blog ini. Sejak ianya disiarkan, kata kunci berkenaan fakta tentang Webe sudah mula masuk ke blog.

Bagi saya, perkongsian fakta berkaitan #webe yang saya ambil dari blog Hasrul Hassan memberikan manfaat kepada kedua-dua blog.

 

Ini kerana, selain daripada post saya berjaya duduk di ranking kedua selepas post House Husband Blogger itu di page pertama Google berdasarkan kata kunci fakta tentang Webe, saya yakin, pembaca di post saya tentu akan ke post mengenai Webe di blog Hasrul Hassan kerana saya hanya menyiarkan 10 fakta mengenai Webe manakala saudara Hasrul Hassan memberikan 15 fakta mengenai Webe dan juga 6 fakta tambahan lain.

Baiklah, jika anda sudah membaca post saya berkenaan 10 Fakta Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Melanggan Webe, anda juga boleh terus ke blog Hasrul Hassan dan baca post beliau yang bertajuk 15 Fakta Perlu Tahu Mengenai WebeMobile.

Adakah anda salah seorang pengguna Webe? Kongsikan pengalaman menggunakan Webe anda di ruangan komen di bawah.

error: Content is protected !!